[VIDEO] Kes Covid-19 9 Disember, 2020 | 959 kes baharu, 5 kematian
KES jangkitan baharu Covid-19 di negara hari ini mencatatkan 959 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 76,265 kes.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 1,068 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 65,124 kes.
Selain itu lima kematian dicatatkan. – 9 Disember, 2020.
Komen