[VIDEO] Pembangkang gagal potong peruntukan kementerian Zuraida


Mohd Farhan Darwis Mastura Malak Sumardi Susilo

EMPAT ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) gagal untuk memotong peruntukan berjumlah RM8.6 juta yang disalurkan kepada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) melalui usul di Dewan Rakyat.

Mereka mengemukakan usul supaya dana berkenaan dipotong daripada peruntukan yang disalurkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi Belanjawan 2021.

Usul berkenaan dicadangkan Ahli Parlimen Chang Lih Kang (Tanjung Malim); Fahmi Fadzil (Lembah Pantai); Hasan Karim (Pasir Gudang) dan Wilfred Madius Tangau (Tuaran).

Dalam perbahasannya, Chang berkata peruntukan berkenaan boleh disalurkan ke kementerian lain bagi menangani wabak Covid-19 berbanding PeKT yang bukannya keperluan mendesak. – 9 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen