[VIDEO] Inspirasiku | Dua sahabat cekal berniaga burger walaupun pekak


Mastura Malak Hasmizar Hassan Sumardi Susilo

DIHALAU dari rumah Oktober lalu menjadi titik tolak kepada insan istimewa pekak ini, mengubah nasib kehidupannya.

Ia ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi selainnya gajinya yang kecil sehingga tidak mampu membayar sewa rumah RM400 sebulan.

Bagaimanapun, Faris Zainuddin, 31 tahun yang cacat sejak lahir terus bangkit dengan berniaga kedai burger.

Faris dan Idzham Azahar, 20 kini bersama-sama mengusahakan gerai mereka di Bangi.

Saya akan buktikan kepada orang ramai bahawa Orang Kurang Upaya seperti saya,boleh berjaya sekiranya rajin dan berusaha.

Walaupun pada asalnya, mereka sukar berkomunikasi dengan pelanggan, kini perniagaan Aris Burger semakin laris. – 8 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen