[VIDEO] Ku Nan dibebas tanpa dilepas tuduhan rasuah RM1 juta


Mastura Malak Sumardi Susilo

TENGKU Adnan Tengku Mansor dibebas tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan rasuah melibatkan 1 juta ringgit.

Laporan media memaklumkan bahawa, ia selepas pihak pendakwaan memberitahu mahkamah ada alasan munasabah untuk menangguhkan sementara perbicaraan, lapor media.

Perbicaraan kes itu yang bermula pada 20 September 2019 dengan pihak pendakwaan telah memanggil dua saksi sepatutnya bersambung hari ini untuk saksi memberi keterangan.

Pada 15 November 2018, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan Tan Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akauan CIMB Bank bekas menteri itu.

Tengku Adnan juga berhadapan satu kes rasuah lain melibatkan RM2 juta, yang sedang dibicarakan di peringkat pembelaan di mahkamah tinggi lain.

Kes ditetapkan untuk keputusan pada 21 Disember. – 7 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen