[VIDEO] Faizal gugur sebagai MB Perak
MENTERI Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menerima keputusan DUN Perak menolak beliau dalam undi percaya ke atasnya.
Timbalan Presiden Bersatu itu bagaimanapun berikrar memastikan peralihan kerajaan berlaku dengan lancar.
Faizal gagal menguasai sokongan DUN Perak apabila hanya memperolehi 10 undi.
Seramai 48 wakil rakyat lain menolak beliau sebagai menteri besar dalam undi belah bahagi dan seorang lagi berkecuali. – 4 Disember, 2020.
Komen