[VIDEO] Demi kuasa, PAS akan lakukan apa saja, kata penganalisis
PAS adalah parti yang pragmatik yang akan bersekutu dengan sesiapa sahaja untuk memastikan mereka tetap relevan dalam bidang politik Malaysia, kata penganalisis.
Mereka berpendapat parti Islam itu langkh itu dibuat demi kelangsungan politik sama ada sebagai kerajaan mahupun pembangkang.
Ia dapat dibaca berdasarkan kenyataan pemimpin mereka beberapa bulan lalu.
Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun percaya PAS sedang bersedia untuk kemuncak politik Malaysia dengan membuat kenyataan mahupun melakukan tindakan yang akan dianggap lebih Islamik.
Dalam pada itu, Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi berkata pendirian PAS sering berubah-ubah atas apa sahaja isu.
Pada 2017 misalnya, PAS mendesak agar Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 (Akta 355) dipinda, tetapi mengunci mulut apabila menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Awang Azman berkata tindakan PAS itu untuk memastikan mereka mempunyai kedudukan dalam kerajaan Perikatan Nasional dahulu sebelum meneruskan agenda mereka itu. – 4 Disember, 2020.
Komen