[VIDEO] Kes Covid-19 3 Disember, 2020 | 1,075 kes baharu, 11 kematian


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

MALAYSIA melaporkan 11 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan ia kes kematian kedua tertinggi dalam sehari sejak pandemik bermula, kata Ketua Pengaah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir negara melaporkan dua digit kes kematian dalam sehari adalah pada 3 November apabila 12 maut akibat wabak itu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Selangor dan Sabah masing-masing merekodkan tiga kematian manakala Johor melaporkan dua kematian.

Dr Noor Hisham berkata, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Kelantan melaporkan satu kematian. – 3 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen