[VIDEO] Belanjawan 2021 lulus tapi Parlimen kecoh


Mastura Malak Sumardi Susilo

BELANJAWAN 2021 diluluskan bagi peringkat dasar melalui undian suara di Dewan Rakyat selepas pihak pembangkang gagal memaksa undian dibuat secara belah bahagi.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menolak permohonan Mahfuz Omar (Pokok Sena-Pakatan Harapan) untuk undi belah bahagi selepas tidak cukup syarat iaitu disokong oleh sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen. Hanya 13 ahli parlimen berdiri.

Dewan Parlimen menjadi kecoh apabila ada beberapa ahli parlimen pembangkang mula menolak Belanjawan 2021. – 26 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen