[VIDEO] Isu penyeludupan manusia, apa pengakhirannya?


Sumardi Susilo

ISU penyeludupan manusia di negara ini dilihat semakin meningkat pada setiap tahun.

Antara penyebab utama adalah wujudnya lorong tikus yang dilbuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kewujudan lorong tikus ini bukan sahaja dilihat sebagai pencerobohan haram malahan merupakan satu tindakan sindiket pemerdagangan manusia daripada beberapa negara asing khususnya Indonesia, China, Thailand, Myanmar dan Vietnam.

Pemerdagangan manusia terdiri daripada beberapa bentuk. Antaranya termasuklah eksploitasi seks, buruh terikat, pengabdian domestik secara paksa, penjualan organ dan pemerdagangan bayi. – 25 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen