[VIDEO] Apa kesan jika Akta Penyalahgunaan Dadah dipinda?


Mastura Malak Fikri Ghazali

MASALAH dadah di negara ini sangat menakutkan kerana hampir setiap hari pasti ada ahli masyarakat dicemari elemen negatif jenayah tersebut.

Kegiatan ini tidak mengenal batasan umur, bangsa, agama mahupun pekerjaan.

Namun persoalannya, masih adakah sinar harapan buat mereka ini selepas terlibat jenayah dadah ?

Julai lalu Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa kerajaan akan menggubal akta baharu yang dikenali sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan 2020 yang bakal menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283).

Melalui akta baharu itu berupaya meningkatkan capaian kepada rawatan dan pemulihan dadah, selain membantu kadar pemulihan dalam kes penyalahgunaan dadah.– 24 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen