[VIDEO] Kasih pada ayah, Endang Hyder mahu gadai biola kesayangan


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

MAHU memastikan kesihatan ayahnya yang sakit kronik, Endang Hyder pemain biola profesional mahu menggadaikan biola kesayangannya yang berharga Rm20,000.

Ayahnya, Zainuddin Ottok pesakit diabetes baru selesai menjalani pembedahan kaki akibat diabetes mempunyai kos perubatan yang tinggi.

Ibu anak tiga dari Kampar, Perak itu antara pemuzik profesional yang terjejas akibat pandemik Covid-19 membuat pelbagai cara untuk kelangsungan hidup.

Pendapatan wanita berusia 34 tahun itu terjejas teruk lebih-lebih tiada sebarang undangan persembahan selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak pertengahan tahun lalu.

Kini, beliau melakukan pendekatan lebih kreatif merancang untuk mengadakan konsert secara online Disember ini. – 20 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen