[VIDEO] Parlimen tercemar banduan boleh berbahas Belanjawan, kata Dr Mahathir


Noor Azam Shairi Kamles Kumar Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

PARLIMEN Malaysia sudah tercemar apabila Najib Razak, yang disabitkan tuduhan jenayah tetapi belum menjalani hukuman penjara, dibenarkan berbahas dan menasihati kerajaan mengenai belanjawan negara, kata Dr Mahathir Mohamad.

Najib, yang juga ahli Parlimen Pekan berucap di Dewan Rakyat pada Selasa membahaskan Belanjawan 2021.

Beliau juga menjadi jurucakap utama ahli Parlimen Barisan Nasional selepas baru-baru ini dilantik sebagai pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC).

Menurut Dr Mahathir, apa yang berlaku itu salah daripada segi moral, biarpun mungkin dibenarkan dari segi undang-undang kerana Najib sedang menunggu rayuan. – 13 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen