[VIDEO] Jangan hanya popular di media sosial, kata Pemuda Bersatu


Jeremy Seng Sumardi Susilo

MEDIA sosial bukanlah kayu ukur dalam politik Malaysia kerana apa yang lebih utama adalah sokongan rakyat di akar umbi, kata Ketua Pemuda Bersatu yang terpilih Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Beliau mengakui sayap pemuda itu dibawah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini lebih popular di media sosial namun tidak diperingkat bawahan. 

Senator yang dilantik timbalan menteri belia dan sukan itu diminta mengulas parti baharu, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang diasaskan bekas ketuanya Syed Saddiq selepas tersingkir dari Bersatu.

Parti itu yang dilihat menarik perhatian golongan muda bandar itu popular dan aktif di media sosial, dengan lebih 51,000 pengikut di Twitter dan lebih 20,000 di Facebook.

Muda mendakwa sudah mendaftarkan lebih 30,000 ahli atau pendukung yang digelar “Geng Muda”. – 11 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen