[VIDEO] BN sokong Belanjawan 2021 bersyarat, kata Najib
BARISAN Nasional (BN) tidak akan menyokong Belanjawan 2021 jika kerajaan tidak memenuhi dua tuntutan yang sudah parti itu kemukakan dalam cadangannya sebelum ini, kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Najib Razak.
Jelas bekas perdana menteri itu lagi, BN hanya akan menyokong Belanjawan 2021 sekiranya kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka dalam Akaun 1 sebanyak RM10,000.
Tambahnya,BN juga meminta kerajaan meluluskan moratorium bayaran balik pinjaman bank secara automatik sehingga Jun tahun depan.– 10 November, 2020.
Komen