[VIDEO] Saifuddin tidak tahu peruntukan besar untuk Jasa


Sumardi Susilo

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah terkejut melihat peruntukan RM85.5 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dalam Belanjawan 2021, kata sumber.

Menurut sumber lagi, Saifuddin tahu jabatan itu hendak dihidupkan semula,  tetapi beliau tidak dimaklumkan jumlah peruntukannya, yang kini jadi perhatian umum selepas Belanjawan 2021 dibentang di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.

KKMM pada Ahad mempertahankan peruntukan yang dicadangkan oleh Kementerian Kewangan untuk Jasa, yang hendak dihidupkan semula selepas dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas menggantikan Barisan Nasional (BN) pada Mei 2018. – 10 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen