[VIDEO] Kes Covid-19 9 November, 2020 | 972 kes baharu, 8 kematian
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan sebanyak 972 kes baharu telah dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 41,181 kes.
Dukacita dimaklumkan terdapat 8 kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 294 kes.
Selain itu KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 6 Kluster baharu pada hari ini, iaitu Kluster Nahaba, Kluster Numbak, Kluster Perigi, Kluster Seri Terapi, Kluster Padang, dan Kluster Harmoni. – 9 November, 2020.
Komen