[VIDEO] Kes Covid-19 5 November, 2020 | 1,009 kes baharu, 6 kematian
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan sebanyak 1,009 kes baharu telah dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 36,434 kes.
Dukacita dimaklumkan terdapat 6 kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 277 kes.
Selain itu KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 5 Kluster baharu pada hari ini, iaitu Kluster Sutera, Kluster Ria-30,Kluster Tamar, Kluster Intan dan Kluster Danau. – 5 November, 2020.
Komen