[VIDEO] Ucapan Mac, siasat November - mungkin ada motif politik
PENGARAH Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad tidak menolak kemungkinan siasatan polis terhadapnya berhubung satu kenyataan yang beliau buat lapan bulan lalu bermotifkan politik.
Kenyataannya dalam satu ceramah di Shah Alam pada awal Mac, Khalid antara lain menyebut Presiden PKR Anwar Ibrahim sepatutnya dipilih sebagai perdana menteri kerana ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat tetapi Yang di-Pertuan Agong menamakan Muhyiddin Yassin.
Rakaman petikan ucapan itu disiarkan di laman web sebuah portal berita pada 7 Mac lalu.
Khalid berkata beliau hairan kenapa baru sekarang polis mendatanginya untuk mengambil keterangan bagi siasatan, jika benar ucapannya itu satu kesalahan.
Khalid menjelaskan beliau telah menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh dua pegawai polis yang datang ke pejabatnya di Shah Alam pada Jumaat lepas, termasuk penjelasan mengenai “kerajaan pintu belakang”.
Komen