[VIDEO] Kes Covid-19 28 Oktober, 2020 | 801 kes baharu, 8 kematian


Mastura Malak Fikri Ghazali

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan sebanyak 801 kes baharu telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 29,441 kes.


Dukacita dimaklumkan terdapat 8 kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 246 kes.

Selain itu KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 4 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Seri Gaya, Kluster GreenHill, Kluster Idaman dan Kluster Bayu.  – 28 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen