[VIDEO] Apa peluang akhir Anwar Ibrahim?


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

MESKIPUN Majlis Tertinggi Umno kelmarin memutuskan untuk menyokong Perikatan Nasional, namun ia tidak akan menghalang mana-mana ahli Parlimen BN menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, kata Penganalisis politik Dr Awang Azman Awang Pawi.

Pensyarah dari Universiti Malaya itu berkata pendirian seperti Najib Razak dan Tengku Razaleigh adalah berbeza daripada parti.

Namun begitu, Dr Kartini Aboo Thalib sebaliknya berpendapat Presiden PKR itu tidak mempunyai peluang kerana gagal untuk mengemukakan bukti sokongan pada YDP Agong awal bulan lalu.

Malah, beliau hanya mendapat sokongan DAP dan Amanah jika Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak bekerjasama dengan ahli Parlimen tidak terlibat dalam rasuah. – 28 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen