[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 27 Okt | 2 Kluster baharu, 2 kematian


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

MALAYSIA mencatatkan kes kematian untuk 20 hari berturut-turut dengan dua kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 238.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 835 kes jangkitan baharu turut dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes 28,640.

Dua kes kematian dilaporkan di Hospital Tawau, Sabah melibatkan mangsa berusia 53 dan 82 tahun.

Daripada jumlah jangkitan baharu hari ini, Sabah sekali lagi merekodkan kes tertinggi iaitu 410. – 27 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen