[VIDEO] Seorang maut kapal Dayang Topaz karam di Miri


Fikri Ghazali

SEORANG kru kapal penyelenggaraan minyak dan gas Dayang Topaz maut selepas kapal itu karam di perairan kira-kira 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, pagi tadi, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Seramai 124 kru kapal berjaya diselamatkan manakala empat mangsa yang dilaporkan hilang berjaya ditemukan dalam keadaan selamat tidak jauh dari lokasi kejadian.

Susulan kejadian, seramai 125 kru terpaksa terjun bagi menstabilkan kapal.

Difahamkan petugas keselamatan sedang menurunkan kru kapal berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut. – 27 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen