[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 22 Okt | 847 kes baharu


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

JUMLAH kes jangkitan baharu Covid-19 kembali kepada tanda aras 800 hari ini selepas menurun semalam, apabila 847 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaru itu menjadikan jumlah kes terkumpul Covid-19 Malaysia naik kepada 23,804, dengan Sabah sekali lagi melaporkan kes baharu harian tertinggi sebanyak 578 kes.

Jumlah kes baharu juga terus meningkat di negeri lain dengan Selangor melaporkan 137 kes dan Kuala Lumpur (23), kedua-dua negeri itu sudah diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). – 22 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen