[VIDEO] Rakyat kecewa menteri langgar kuarantin tak didakwa, kata pemimpin Umno


Fikri Ghazali Nabihah Hamid

TINDAKAN kerajaan memutuskan untuk tidak mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali akan mengecewakan rakyat, kata Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata sebagai seorang menteri, Khairudin perlu ada rasa tanggungjawab dan tidak membuat pelanggaran kuarantin sejurus balik dari lawatan kerja ke Turki.

Semalam, polis mendedahkan Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada dakwaan dikenakan kerana Khairuddin tidak diberi borang untuk kuarantin wajib.

Di bawah Akta 342, kerajaan mewajibkan semua individu yang baru tiba dari luar negara termasuk warga negara dan warga asing untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan Covid-19. – 22 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen