[VIDEO] 8 orang direman kes pencemaran Sungai Gong


Hasnoor Hussain Fikri Ghazali

DUA pengarah syarikat dan enam pekerja telah ditahan reman berhubung kes pencemaran Sungai Gong di Rawang Selangor yang mengakibatkan gangguan bekalan air melibatkan 1.2 juta kawasan terjejas sekitar Lembah Klang.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmad berkata, reman dibenar bermula hari ini sehingga 28 Oktober ini.

Terdahulu, dua pengarah syarikat yang juga anak beranak dibawa bersama enam pekerja terdiri daripada dua lelaki tempatan dan empat lelaki warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar ke Mahkamah Selayang untuk permohonan reman.

Sebelum ini, Air Selangor mengesan bau abnormal pada sumber air mentah di Sungai Selangor pada 12.38 tengah malam 19 Oktober lalu.

Ekoran itu Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras tiga ton. – 22 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen