[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 20 Oktober | Kes cecah 22,000


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

BUAT hari keempat berturut-turut kes baharu Covid-19 melepasi takat 850 kes apabila 862 kes baharu dilaporkan hari ini.

Data terbaru itu menjadikan jumlah kes keseluruhan wabak negara kini melepasi 22,000 kes.

Tiga lagi kematian baharu turut dilaporkan hari ini menjadikan jumlah korban wabak negara naik kepada 193 kes, jumlah kes aktif pula berjumlah 7,681 kes.

Sabah masih lagi catat negeri tertinggi iaitu 673 termasuk 231 kes dari penjara Kepayan. – 20 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen