[VIDEO] Rebut Putrajaya | Siapa untung, siapa rugi?


Fikri Ghazali Nabihah Hamid Chan Kok Leong

POLITIK semasa Malaysia kini bercelaru tanpa gambaran masa depan yang jelas, lebih-lebih selepas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah.

Kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dilihat genting selepas majoriti sokongannya dipertikai minggu lalu.

Presiden PKR Anwar Ibrahim kini hanya menunggu untuk melangkah untuk membuktikan beliau ada sokongan dalam kalangan anggota Dewan Rakyat untuk jadi perdana menteri.

Namun jalannya tidak nampak mudah. Umum mengetahui, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan merancang sesuatu.

Kemelut pusingan baharu ini baru saja bermula, dan siapa yang untung siapa yang rugi? – 20 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen