[VIDEO] Art Harun dicurigai sokong kerajaan, kata LGE


Sumardi Susilo

YANG di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dicurigai menyokong kerajaan Perikatan Nasional, dakwa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim yang juga ahli Parlimen Bagan mendakwa Azhar tidak membenarkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana beliau mahu melindungi kerajaan.

Azhar memberi alasan itu dalam surat balasannya kepada Tengku Razaleigh Hamzah, yang didedahkan kepada umum oleh pejabat ahli Parlimen Gua Musang itu minggu lalu.

Dalam surat menyurat mereka, Tengku Razaleigh bertanyakan status usul tidak percaya terhadap perdana menteri yang belum lagi didengar oleh Dewan Rakyat.

Menurut Azhar, beliau terikat kerana peraturan mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan urusan kerajaan perlu diberi keutamaan berbanding usul persendirian.

Azhar kemudian mengeluarkan kenyataan media dua kali untuk menjelaskan pandangannya, termasuk memberikan contoh amalan di negara Komanwel yang lain.

Dalam pada itu, satu klip video Azhar mengulas mengenai tugas speaker Dewan Rakyat tersebar di media sosial. Rakaman video itu dipetik dari program Art of the Matter terbitan InciteMyTV pada 2015. – 19 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen