[VIDEO] Bekas menteri tegur kerajaan berpolitik mahu kekal kuasa


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

BEKAS menteri M Kula Segaran kecewa dengan kerajaan yang sibuk berpolitik untuk kekal kuasa sedangkan ratusan ribu rakyat akan hilang pekerjaan.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu berkata lebih 51,000 kedai runcit di seluruh negara dijangka akan gulung tikar dalam tempoh empat hingga lima bulan.

Ia berikut pelaksanaan PKPB yang menyebabkan kebanyakan perniagaan beralih kepada e-dagang untuk menjimatkan kos.

Malahan, mereka yang terlibat dengan industri peruncitan dan sektor pelancongan yang paling terkesan, selepas pusat membeli-belah 1Utama di Selangor terpaksa ditutup sementara kerana terdapat pekerjanya yang dijangkiti virus.

Justeru, kerajaan digesa untuk terlibat dengan industri dan menentukan jenis bantuan yang dapat diberikan untuk mengekalkan perniagaan mereka.

Beliau juga mencadangkan agar diberikan suntikan dana sebagai langkah mengurangkan kesan, menaikkan subsidi upah dan melanjutkan temph moratorium untuk enam bulan lagi. – 19 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen