[VIDEO] Anwar perdaya Agong, kata Pemuda Bersatu


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

TINDAKAN Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa ada sokongan tanpa memberi senarai nama ahli Parlimen ibarat permainkan institusi Raja.

Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata tindakan tersebut tidak wajar lebih-lebih lagi Yang di-Pertuan Agong baharu saja pulih setelah mendapat rawatan di hospital.

Anwar sebelum ini mendakwa kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin sudah tumbang kerana beliau berjaya meraih sokongan majoriti ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menghadap Agong semalam untuk memberikan nama wakil rakyat yang didakwa sudah tidak menyokong Muhyiddin.

Namun beliau tidak menyerahkan senarai nama tersebut pada pertemuan itu. – 14 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen