[VIDEO] Apa yang boleh berlaku selepas Anwar Ibrahim menghadap Agong?


Fikri Ghazali Nabihah Hamid Zaim Ibrahim

MASA depan politik Malaysia bergantung kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pakar perlembagaan dan peguam berkata baginda mempunyai beberapa pilihan untuk dipertimbangkan, termasuk mencadangkan sebuah kerajaan perpaduan untuk menamatkan kemelut politik.

Tiga pilihan yang boleh dibuat adalah menerima dakwaan Anwar, mencadangkan anggota Dewan Rakyat untuk bersetuju meneruskan kerajaan sedia ada sehingga habis penggal, dan meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk letak jawatan.

Sekiranya baginda membuat pilihan ketiga, Muhyiddin boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, kata mereka.

Ikuti kupasan ringkas Pensyarah politik di Universiti Utara Malaysia Dr Azizuddin Mohd Sani dan peguam Hanif Khatri. – 13 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen