[VIDEO] Hajiji Noor kuarantin kendiri selama 2 minggu


Fikri Ghazali

KETUA Menteri Sabah Hajiji Noor akan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga setelah beliau terdedah dengan individu yang didapati positif Covid-19.

Safar berkata sekiranya mesyuarat perlu diadakan, ia akan dibuat melalui persidangan video.

Kota Kinabalu merupakan antara lapan daerah di negeri ini yang dikategori sebagai zon merah. Daerah lain ialah Papar, Tuaran,Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kunak.

Sejak 1 Oktober, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia mencatatkan 3 angka berturut-turut dan angka tersebut mencemaskan rakyat apabila terdapat banyak kluster baharu dikesan.

Malah di Sabah juga mencacatkan angka kes Covid-19 yang tinggi sejak akhir-akhir ini. – 8 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen