JAMINAN Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa Putrajaya tidak mengamalkan “double standard” dalam tindakan ke atas pelanggar SOP Covid-19 tidak diterima baik pengguna media sosial yang meluahkan kekecewaan mereka di ruang siber. Tanda pagar #MuhyiddinOUT mula sohor kini beberapa jam selepas perutusan khas Muhyiddin berkaitan situasi pandemik Covid-19 di Malaysia yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Pada ucapannya semalam, Muhyiddin meminta rakyat supaya terus kekal bertenang dan mematuhi SOP dikeluarkan pihak berkuasa ketika negara menyaksikan berlaku gelombang ketiga jangkitan Covid-19. Gelaran “Abah” mula muncul beberapa bulan lepas apabila pengguna media sosial merasakan Muhyiddin menunjukkan prestasi baik mengekang penularan Covid-19 dan menganggapnya sebagai “Abah” penjaga negara. Tetapi, ramai pengguna media sosial berpandangan yang perdana menteri itu tidak sensitif apabila “berjenaka” mahu menggunakan rotan kepada pelanggar SOP sedangkan pandemik Covid-19 negara semalam menelan korban seorang bayi berusia setahun. Sejak berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sabah, beberapa orang politik termasuk menteri, timbalan menteri dan Adun sudah disahkan positif Covid-19, situasi yang dianggap pengguna media sosial sebagai #KlusterMenteri. Pengguna Twitter juga mengecam ucapan Muhyiddin dan berkata negara perlukan penyelesaian dan ini bukan masanya untuk mempersalahkan rakyat. Jumlah kes baharu Covid-19 semalam melonjak kepada 691 dengan empat kematian dilaporkan. – 7 Oktober, 2020.

[VIDEO] #MuhyiddinOut kini trending


Fikri Ghazali

JAMINAN Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa Putrajaya tidak mengamalkan “double standard” dalam tindakan ke atas pelanggar SOP Covid-19 tidak diterima baik pengguna media sosial yang meluahkan kekecewaan mereka di ruang siber.

Tanda pagar #MuhyiddinOUT mula sohor kini beberapa jam selepas perutusan khas Muhyiddin berkaitan situasi pandemik Covid-19 di Malaysia yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

Pada ucapannya semalam, Muhyiddin meminta rakyat supaya terus kekal bertenang dan mematuhi SOP dikeluarkan pihak berkuasa ketika negara menyaksikan berlaku gelombang ketiga jangkitan Covid-19.

Gelaran “Abah” mula muncul beberapa bulan lepas apabila pengguna media sosial merasakan Muhyiddin menunjukkan prestasi baik mengekang penularan Covid-19 dan menganggapnya sebagai “Abah” penjaga negara.

Tetapi, ramai pengguna media sosial berpandangan yang perdana menteri itu tidak sensitif apabila “berjenaka” mahu menggunakan rotan kepada pelanggar SOP sedangkan pandemik Covid-19 negara semalam menelan korban seorang bayi berusia setahun.

Sejak berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sabah, beberapa orang politik termasuk menteri, timbalan menteri dan Adun sudah disahkan positif Covid-19, situasi yang dianggap pengguna media sosial sebagai #KlusterMenteri.

Pengguna Twitter juga mengecam ucapan Muhyiddin dan berkata negara perlukan penyelesaian dan ini bukan masanya untuk mempersalahkan rakyat. – 7 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen