[VIDEO] Covid-19 | Dr Noor Hisham kuarantin, Zulkifli Mohamad mohon maaf


Mastura Malak Fikri Ghazali

KETUA Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kini menjalani kuarantin kendiri sukarela dan sebarang sidang media mengenai Covid-19 akan dibuat melalui siaran langsung di Facebook.

Beliau menjalani kuarantin kendiri itu selepas hadir mesyuarat Majlis Keselamatan Negara di Putrajaya, Sabtu lalu, yang turut dihadiri Menteri Agama Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang disahkan positif.

Sementara itu, Zulkifli yang dikritik banyak pihak, meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

Zulkifli dikritik kerana kegagalannya melakukan kuarantin kendiri selepas kembali dari Sabah.

Beliau malah mempunyai jadual perjalanan aktif antaranya melawat ke tiga universiti, melawat Kelantan dan Terengganu. – 6 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen