[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 2 Okt 2020 | 287 kes baharu, 2 kluster baharu
JUMLAH kes baharu melonjak ke angka 287, paling tinggi sejak Covid-19 mula dikesan dalam negara awal tahun ini.
Daripada angka itu, Kedah mencatat jumlah paling tinggi dengan 129 kes baharu diikuti Sabah dengan 113 kes dan Selangor 31 kes.
Dua kluster baharu juga dikesan di Selangor melibatkan kawasan Hulu Selangor dan Gombak.
Kesemua kes baharu itu merupakan penularan tempatan dan 20 daripadanya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. – 2 Oktober, 2020.
Komen