[VIDEO] PRN Sabah | Pengundi patuh SOP, pakai pelitup muka


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

SELEPAS pusat pengundian dibuka sejak jam 7.30 pagi, orang ramai mula memenuhi dewan mengundi bagi proses demokrasi.

Saluran mengundi seperti dewan sekolah dan dewan masyarakat dikerumuni pengundi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Mereka sabar menunggu giliran dengan lengkap memakai pelitup muka, namun ada juga tidak dapat mengamalkan penjarakan sosial kerana ruang yang terhad.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi DUN dibuka. – 26 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen