[VIDEO] Akur jika Anwar ada sokongan, kata penganalisis politik


Mastura Malak Sumardi Susilo

SOKONGAN terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri perlu dibuktikan di Dewan Rakyat, kata penganalisis politik Dr Awang Azman Awang Pawi.

Pensyarah Universiti Malaya itu berkata sekiranya presiden PKR itu dapat membuktikan sokongan, maka Muhyiddin Yassin perlu akur dengan keputusan tersebut.

Dalam pada itu, Dr Kartini Aboo Thalib berkata Anwar harus menyenaraikan nama ahli Parlimen yang menyokongnya bagi mengelak masyarakat sangsi dengan agenda politiknya.

Dr Mahathir sebelum ini berkata kenyataan Zahid semalam yang mengakui ramai ahli Parlimen kini menyokong Anwar untuk membentuk kerajaan baharu menunjukkan Muhyiddin tidak lagi ada sokongan.

“Jika kita menerima kenyataan Zahid (itu) benar di atas kedudukannya sebagai presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN), maka Muhyiddin tidak boleh lagi tegas di masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai perdana menteri,” katanya.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen