[VIDEO] Kes Covid-19 23 Sep, 2020 | 3 kematian, 147 kes baharu


Mastura Malak Fikri Ghazali

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat 147 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,505 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 147 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import manakala 143 kes merupakan penularan di dalam negara,

Selain itu dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 133 kes. – 23 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen