[VIDEO] Amanah DAP sokong, Dr M kata tunggu dan lihat


Mastura Malak Fikri Ghazali

AMANAH dan Parti DAP mengulangi sokongannya terhadap pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau kini mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Presiden parti Amanah, Mohamad Sabu mengesahkan kesemua 11 ahli Parlimen Amanah berada di belakang Anwar sepenuhnya.

Manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga mengesahkan seramai, 42 Ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilang untuk membentuk Kerajaan.

Dalam perkembangan berbeza, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamed berkata ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim mendakwa mendapat sokongan majoriti untuk bentuk kerajaan.

Beliau dipetik The Edge Singapore mengulas pengumuman Anwar hari ini bahawa presiden PKR itu mendapat sokongan yang ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Jelas Mahathir lagi, situasi sekarang ini hanya tunggu dan lihat.

Kali pertama ketua pembangkang itu mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen ialah pada 2008, ketika kerajaan di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi hilang majoriti dua pertiga di Parlimen. – 23 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen