[VIDEO] Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan positif Covid-19


Mastura Malak Fikri Ghazali

KETUA Penerangan Umno Shahril Hamdan menjadi ahli politik terbaru yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang berkempen di Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah.

Dalam satu muat naik di Twitter pagi ini Shahril berkata beliau telah dimaklumkan mengenai keputusan Covid-19 hari ini.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di status Twitternya berkata dia tidak mempunyai simptom yang ketara melainkan penat sedikit.

Atas faktor berjaga-jaga, Shahril membuat keputusan jalani ujian saringan semalam di Kuala Lumpur kemudian menerima panggilan positif Covid- pagi tadi dan akan dimasukkan ke hospital.

Beliau juga memohon maaf kepada sesiapa yang mempunyai kontak rapat denganya.

Shahril menjadi pemimpin kedua Umno yang didapati positif selepas ahli majlis tertinggi parti itu Mohd Razlan Rafii dimasukkan ke Hospital Kota Kinabalu pada Isnin.

Seperti Shahril, Razlan juga berkempen dalam pilihan raya Sabah. – 23 September, 2020.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen