[VIDEO] Kes Covid-19 22 Sep, 2020 | 82 kes baharu


Mastura Malak Fikri Ghazali

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat 82 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,358 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 82 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara manakala 72 kes adalah penularan di dalam negara.

Setakat ini tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 130 kes. – 22 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen