[VIDEO] Mat Sabu nafi bertelagah dengan Husam


Fikri Ghazali

Presiden Amanah Mohamad Sabu menafikan dakwaan bahawa Husam Musa meletak jawatan kerana pertelagahan pendapat berkaitan kepimpinannya.

Dalam kenyataannya, Mat Sabu berkata Husam bersamanya sejak muda lagi iaitu sejak keluar dari Universiti Malaysia sehinggalah bersama dalam PAS.

Semalam, The Malaysian Insight melaporkan Husam meletak jawatan sebagai naib presiden parti itu tetapi masih kekal sebagai ketua Amanah Kota Bharu.

Sumber mendedahkan Husam tidak puas hati dengan kepimpinan Mohamad, atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu, atas beberapa sebab.

Peletakan jawatan Husam disahkan Pengerusi Komunikasi Amanah Khalid Samad sambil menyatakan peletakan jawatan Husam adalah kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha memenangkan Amanah di Kelantan. – 15 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen