[VIDEO] PKR cabar Muhyiddin buktikan status pendaftaran PN


Mastura Malak Fikri Ghazali

KETUA Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kemukan bukti status pendaftaran Perikatan Nasional

Beliau juga mendesak agar pihak SPR mengambil tindakan serta merta sekiranya PN masih belum membuat pendaftaran secara rasmi di keluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia JPPN.

Jelas Shamsul lagi, ia merupakan satu penghinaan kepada sistem demokrasi berparlimen sekiranya calon mewakili sebuah pertubuhan haram dibenarkan bertanding, khususnya melibatkan warga Sabah.

Isu itu timbul apabila Naib Ketua AMK, Syed Badlishah Syed Osman membuat kenyataan berhubung ketiadaan maklumat pendaftaran PN dalam rekod laman sesawang JPPN Malaysia. – 14 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen