[VIDEO] Kes Covid-19 13 Sep, 2020 | 47 kes baharu


Mastura Malak Sumardi Susilo

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat 47 kes baharu yang telah dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,915 kes.

Daripada 47 kes baharu, 45 kes melibatkan penularan di dalam negara iaitu 28 kes adalah warganegara Malaysia manakala 17 kes adalah bukan warganegara.

Manakala dua kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua bukan warganegara. – The Malaysian Insight, 13 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen