[VIDEO] Bersatu tak selamat, Muhyiddin perlu formula hadapi PRU15


Alfian Z.M. Tahir Jeremy Seng Sumardi Susilo

Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir menyifatkan kedudukan Bersatu tidak selamat walaupun membentuk kerajaan dengan Umno, PAS dan beberapa parti dari Sabah dan Sarawak.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden Bersatu berkata, Muhyiddin Yassin mungkin perlu mencari formula lain agar tetap relevan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Menjelaskan lebih lanjut, Mukhriz berkata beberapa pemimpin Umno telah membuat kenyataan yang jelas bahawa mereka tidak akan membiarkan Bersatu mendapat tiket percuma dalam pilihan raya akan datang.

Mukhriz turut menambah bahawa bekas pembantu Najib Razak, Isham Jalil juga turut mempersoalkan kedudukan Muhyiddin di Pagoh, kerusi yang pertama kali dimenanginya pada tahun 1978. – 13 September, 2020. [BACA]


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen