[VIDEO] Bukan minta simpati, kata abang Veveonah


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

ABANG kepada Veveonah Mosibin, Mekvin tampil mempertahankan adiknya yang didakwa berbohong sehingga terpaksa memanjat pokok untuk capaian internet bagi menduduki peperiksaan dalam talian.

Mekvin berkata niat adiknya yang memuat naik video ke YouTube adalah untuk berkongsi kesukaran masyarakat kawasan pedalaman dan bukannya untuk meminta simpati.

Semalam, Ahli Parlimen Kudat Abdul Rahim Bakri mempertahankan dakwaan bahawa Veveonah tidak menduduki sebarang peperiksaan universiti pada Jun.

Coretan di Facebook tersebut bagaimanapun sudah dipadam kerana dikecam hebat. – 8 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen