[VIDEO] Kes Covid-19 1 Sep, 2020 | 14 kes baharu, 1 kematian
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat 14 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,354 kes.
Sementara itu,terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 128 kes.
Kes kematian ke-128 merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah paru-paru dan darah tinggi.
Beliau merupakan salah satu kes positif yang telah dilaporkan pada 15 Ogos 2020 dalam Kluster Tawar. Beliau mula mengalami gejala demam dan sakit dada sejak 6 Ogos 2020 dan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan.
Beliau disahkan meninggal dunia pada 1 September 2020 jam 10.38 pagi. – 1 September, 2020.
Komen