[VIDEO] Sukarelawan kutip pelitup muka


Zaim Ibrahim Fikri Ghazali

WALAUPUN pelitup muka terpakai pada waktu pandemik Covid-19 tidak diklasifikasi sebagai bahan buangan berbahaya namun ia tidak bermakna orang awam boleh ambil mudah mengenainya.

Bagi sukarelawan Vasugi Ramasamy, bahan tersebut tetap dibimbanginya memberikan risiko.

Atas kesedaran sendiri, petugas di pasar raya itu mengambil inisiatif mengutip yang dibuang merata-rata di sekitar Sungai Bakap di Nibong Tebal, setiap hari Ahad. – 30 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen