[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 25 Ogos | 5 kes melibatkan pelajar prasekolah


Mastura Malak Sumardi Susilo

KEMENTERIAN Malaysia memaklumkan terdapat lima kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Tawar setakat jam 12 tengahari, menjadikan jumlahkes dalam kluster ini 70 kes setakat ini.

Kelima-lima kes baharu ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah rendah di negeri Kedah.

Mereka telah dikenalpasti melalui pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat kes-kes positif kluster ini.

Hasil siasatan mendapati mereka adalah kontak rapat kepada kes ke-9197 yang merupakan seorang pelajar prasekolah (kes ini telah dilaporkan pada 16 Ogos 2020). – 25 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen