[VIDEO] Isa Samad nafi terima RM3 juta


Sumardi Susilo

BEKAS pengerusi Felda Isa Samad nafi tenerima wang sebanyak sembilan kali berjumlah RM3 juta daripada pegawai khas politiknya berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Sarawak MPHS pada 2014.

Isa menafikan perkara itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan berkata beliau tidak pernah membincangkan ataupun bertanya kepada pengawai khasnya Muhammad Zahid Md Arip mengenai status pembelian MPHS.

Selain itu, beliau juga berkata tidak pernah membantu dan meluluskan pembelian MPHS kerana tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

Isa didakwa atas sembilan pertuduhan rasuah iaitu menerima suapan untuk dirinya berjumlah 3 juta 90 ribu ringgit daripada Ikhwan menerusi Zahid, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB bagi RM160 juta.  – 17 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen